Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 16, 2008

Surat Rektor Universiti Malaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada anakanda Putera dan Puteri, semoga anakanda Putera dan Puteri berada dalam keadaan sihat sepanjang cuti semester ini.

Untuk makluman kepada Putera dan Puteri sekalian, pihak Pentadbiran Universiti Malaya telah berbincang dalam Mesyuarat Pengurusan dan telah menetapkan mulai semester akan datang (Julai 2008) para pelajar tahun 1 tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan sama ada kereta ataupun motosikal di kawasan kampus. Manakala bagi pelajar tahun 2 hanya dibenarkan untuk membawa motosikal sahaja (tidak dibenarkan untuk membawa kereta) di kawasan kampus. Bagi pelajar tahun 3 (tahun ini) masih dibenarkan membawa motosikal atau kereta sendiri di kawasan
kampus.

Mulai sesi 2009/2010 nanti, pelajar tahun 1 dan 2 tidak dibenarkan membawa sebarang jenis kenderaan (motosikal dan kereta), manakala pelajar tahun 3 pula hanya dibenarkan membawa motosikal sahaja. Larangan membawa kenderaan oleh pelajar ini dibuat secara berperingkat supaya anakanda dapat menyesuaikan diri kepada keadaan baru.

Pihak Pengurusan Universiti Malaya menetapkan perkara ini adalah bertujuan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di Universiti Malaya yang kian meningkat. Ini juga dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya di kawasan kampus. Yang lebih mulia ialah Mahasiswa UM akan bersama - sama dengan masyarakat dunia dalam mengatasi dan mengurangkan masalah pemanasan global melalui pengurangan pembakaran bahan api dari kenderaan. Ini sealiran dengan kehendak Protokol Kyoto dalam menangani isu tersebut.

Lagipun dalam suasana kenaikan harga bahan api yang meningkat secara mendadak ini, kita seharusnya menukar gaya hidup dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan bertindak dengan menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, Pihak Pengurusan UM akan menyediakan perkhidmatan bas 'shuttle' secara percuma yang akan bergerak diseluruh kawasan kampus.

Sehubungan dengan itu, ayahanda berharap kepada semua Putera dan Puteri agar mengambil nilai positif dari penetapan ini dan tidak menganggap peraturan ini menghalang dari aktiviti harian anakanda Putera dan Puteri dalam menjalani kehidupan di Universiti Malaya.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Azarae Hj Idris
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaya

------------

My comments:

Bagus juga buat diterapkan di ITB. abisnya ITB sekarang penuh sesak sama mobil - mobil mahasiswa yang parkir baik di lapangan parkir maupun di sekeliling kampus...

0 comments: